fbpx
Search

TERAJU, Unit Peneraju Agenda Bumiputera ditubuhkan pada tahun 2011 oleh Jabatan Perdana Menteri sebagai unit strategik yang berperanan untuk meneraju, memacu dan menyelaras penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara.

Kini, TERAJU merupakan agensi yang dipacu berdasarkan lima teras di bawah Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera 2.0 (BETR 2.0) – iaitu, memperkukuhkan modal insan, menggalakkan pekerjaan dan pendapatan bernilai tinggi, meningkatkan saham Bumiputera dan nilai ekuiti korporat, memperkukuh keusahawanan, serta meningkatkan pemilikan aset bukan kewangan.

Selain daripada sudut ekonomi, TERAJU juga berperanan dalam aspek kesejahteraan hidup seperti pendidikan, kesihatan, sosial dan budaya, hidup dalam persekitaran yang selesa dan dinamik, serta mengangkat martabat Bumiputera ke tahap yang lebih tinggi dengan penerapan aspek sosial melalui Transformasi Kesejahteraan Bumiputera (TKB).

Sehingga Ogos 2019, TERAJU telah berjaya mencipta nilai sebanyak RM146.32 bilion untuk Bumiputera, mencipta RM14.79 bilion pelaburan swasta Bumiputera dari Dana Mudahcara, serta mencatat sebanyak RM10.07 bilion modal pasaran daripada penyenaraian syarikat-syarikat Bumiputera di Bursa Malaysia.

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

building Own or work here? Claim Now! Claim Now!

Claim This Listing

Show all timings
  • Monday09:00 AM - 05:00 PM
  • Tuesday09:00 AM - 05:00 PM
  • Wednesday09:00 AM - 05:00 PM
  • Thursday09:00 AM - 05:00 PM
  • Friday09:00 AM - 05:00 PM