HAIN® Packaging merupakan Pembekal Beg Plastik dan pengilang beg plastik yang berpengalaman dan dipercayai di Malaysia. Syarikat ini ditubuhkan pada 2008, menjadi pesaing utama dalam industri pembekalan pembungkusan plastik dalam negara, sekaligus memacu HAIN® Packaging sebagai pembekal yang berkualiti, berintegriti, berinovasi dan produktif. Dengan pertumbuhan dan perkembangan yang berterusan, pasaran dan pelanggan kami telah meningkat dengan pesat di Malaysia, Singapura, dan juga di Brunei.
Hampir 13 tahun mengorak Langkah dalam industri, kami telah mempelbagaikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Kami menghasilkan dan membekalkan beg Polietilena Berketumpatan Rendah LDPE (Low-Density Polyethylene), beg Polietilena Berketumpatan Tinggi HDPE (High-Density Polyethylene), tali pemegang dan beg karung (beg beli-belah). Kami turut membekalkan beg pelekat diri OPP (Oriented Polypropylene) dan beg ziplock, juga pembungkusan makanan berlamina dan beg bungkusan Pos.
Kami menggunakan pengalaman dan kepakaran pembungkusan kami untuk menyediakan perkhidmatan beg pembungkusan berkualiti tinggi dan kompetitif kepada lebih daripada 3,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pelanggan kami datang dari pelbagai industri, termasuklah industri runcit, makanan, industri farmasi dan banyak lagi. HAIN® Packaging komited untuk menjadi pengeluar dan pembekal beg plastik terbaik Malaysia untuk pengguna dalam dan luar negara.